Keluhan seorang bapa keturunan India

Saya utarakan sepatah perkataan hospital kenapa ia di sebut “haspeteri”
Ramai yang gelak ramai yang memberi jawapan ada juga mencemuh konon saya menghina bahasa tamil.


Sebenarnya Kaum india dilahirkan di Malaysia mempunyai bahasa tamil tersendiri atau dialek Tamil Malaysia, kerana kami anak jati Malaysia bahasa kami bercampur aduk tamil melayu cina dan inggris dalam pembualan hariaan

Kami kaum india rakyat Malaysia adalah masyarakat lebih kepada persaudaran tanpa mengira kaum. Jika kami jumpa kaum Melayu umpama sebutan Pakcik, Makcik, Abang, Adik, kami gunakan sebagai penghormatan kepada dewasa dan muda, sedangkan mereka bukan saudara namun kami menghormati mereka.


Umpama perkataan “LA” kami gunakan bersama dalam bahasa tamil
“Engaa la”, “vaa laa”. Kami dilahirkan disini mati pun disini. Rakan kami berbilang kaum tanpa persangka. Bersahabat, bermain, bergaduh, bergurau dan segalanya.


Namun kenapa kami dipanggil pendatang sedangkan saya dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana berbilang kaum di Malaysia. Orang-orang politik kenapa menidakkan hak kami. Kami kaum terkecil di Malaysia adakah anda buta hati.

Tahukah saudara kenapa kami pertahankan hak kovil yang lama? Jika kaum Melayu atau Cina ada kampung kami hanya ada estate (ladang). Disitulah saudara mara dikebumikan. Kovil Di Kovil lah kami boleh bersua sahabat handai dan saudara mara yang terpisah, jauh mereka akan datang jika ada upacara keagamaan, kami bersua berpeluk menangis memikirkan kami terpisah jauh.


Kerana kami dipaksa meninggalkan estate yang kami anggap sebagai kampung kami ke bandar. Kami dibiarkan dibandar berseorangan selepas di keluarkan dari estate kami berjuang untuk sesuap nasi tanpa bantuan dari kerajaan. Anak anak kami memberontak ingin keluar dari kemiskinan ada yang menjadi gangster.


Apakah daya seorang ketua keluarga tanpa pendidikan dan kebolehan menjalani kehidupan serba mencabar. Kini anak kami dididik dengan pendidikan dengan cita-cita yang tinggi. Anak-anak dari estate berjuang demi pendidikan mereka dan berjaya lulus cemerlang namun untuk melangkah menara gading mereka tiada kuota.


Ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri sehingga berhutang untuk anak-anak melangkah ke menara gading. Mereka berjaya tapi bila ingin berkerja didalam kerajaan atau swasta, mereka pula pilih kaum.

.Ada juga pelajar kaum kami lulus dan mempunyai ijazah namun berkerja sebagai pemandu lori umpamanya. Apakah yang kami nak lakukan lagi?Akhirnya kami di gelar india mabuk, keling la, hitam la, kicap la, begitu hinakah kami dibumi bertuah dan di mata kaum lain?


Sekolah Tamil yang memberi pendidikan dan perkerjaan kini menjadi isu.
Adakah pelajar yang belajar dari sekolah tamil tidak berjaya atau tidak ada jati diri? Walaupun saya tidak bersekolah Tamil namun saya tidak menidak bahasa ibunda kami.


Orang politik tak kira parti mana cubalah berfikir secara logik dimana kami di hadapan matamu? Adakah kami perlu melutut dan meminta sedekah hak kami dan generasi kami? Kami masih berjuang dan terus berjuang kerana ini tanah tumpah darahku!

Datuk kami mengalirkan airmata, bapa kami mengalirkan peluh kini kami mengalirkan saki baki darah dan tenaga yang ada.

Anakku inilah yang kami terdaya janganlah kamu mengaku kalah berjuanglah untuk masa depan mu

Seorang pejuang bernama ayah.

#askmani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *