Manivanan Rethinam Pengerusi, Majlis Gagasan Malaysia Penyelaras Bersama, We Are Malaysians
Manivanan Rethinam
Pengerusi, Majlis Gagasan Malaysia
Penyelaras Bersama, We Are Malaysians

Pengerusi Majlis Gagasan Malaysia serta Penyelaras Bersama, “We Are Malaysians” Manivannan Rethinam, mengalu-alukan dan menyokong jaminan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pihak kerajaan akan mendesak Polis, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menggunakan media sosial untuk mengutuk agama atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, tidak kira bangsa dan agama. Seperti yang dinyatakan oleh TPM melalui media, bahawa “tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebar kenyataan berunsur hasutan tanpa mengira kaum dan agama”.

Dengan itu kami menyeru Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan SKMM mengambil tindakan segera dengan menggunakan undang-undang yang sedia ada pada sesiapa yang mengutuk atau menghina agama lain tanpa rasa takut atau pilih kasih bagi memastikan individu atau pihak-pihak yang terbabit tidak terlepas daripada dikenakan tindakan tegas untuk mengelakkan negara menjadi huru-hara ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab.

Demi kepentingan Perpaduan Negara, kami juga mengalu-alukan dan menyokong kesediaan kerajaan untuk meminda Akta Hasutan sekiranya undang-undang yang sedia ada tidak mencukupi, untuk membendung pengguna media sosial atas talian yang  tidak sensitif     dan bertanggungjawap  untuk memastikan Polis, Jabatan Peguam Negara dan SKMM mengambil tindakan yang sesuai tanpa sebarang alasan dari segi peruntukan undang-undang.

Hanya segelintir individu, ketua masyarakat serta ahli politik yang tidak bertanggungjawab menjadi penyebab pepecahan perpaduan negara, dengan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama untuk menimbulkan pepecahan dan kemarahan diantara orang Islam dan bukan Islam. Kami pasti jika kita tidak menyelar serta memberhentikan 15% masyarakat  pelampau kaum dan agama ini, ia akan membawa kesan yang buruk kepada 85% masyarakat dan ekonomi serta menggelincirkan wawasan 2020 Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama, Kita perlu sentiasa menghormati agama dan hak orang lain yang berbeza, Isu perkauman dan agama tidak patut digunakan sebagai alat untuk menyerang atau memecah-belahkan rakyat Malaysia. Pelampau kaum dan bangsa adalah penghalang terbesar kepada perpaduan negara dan ia menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk menolak polarisasi kaum dalam apa jua bentuk yang memecah-belahkan rakyat serta menjejaskan perpaduan negara.


 Religions   anti perkauman   extremism

Ia adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk mengambil pendirian tegas terhadap orang persendirian atau organisasi yang menimbulkan perpecahan perpaduan. Kita mesti menolak pelampau kaum dan agama yang menghasut kebencian kaum dan agama, dan berdiri bersama-sama tanpa mengira idelogi politik dan menyelar mereka serta berkerja ke-arah membina perpaduan negara.

Mari kita semua mengingatkan diri kita bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita berkongsi matlamat yang sama. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan cara yang hormat.

UTAMAKAN PERPADUAN NEGARA

“WE ARE MALAYSIANS” 

MANIVANNAN RETHINAM, A.M.P
PENGERUSI, MAJLIS GAGASAN MALAYSIA
PENYELARAS BERSAMA “WE ARE MALAYSIANS”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *